Cari @ Amanz

Nothing Mengacah Kehadiran Produk Baharu Tidak Lama Lagi

Link Copied!

Nothing menerusi ciapan terkini di Twitter rasmi memberi bayangan bahawa terdapat produk baharu yang bakal dilancarkan. Bagaimanapun Nothing masih berteka-teki dan enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. Malahan, gambar yang dimuatnaik juga sekadar menunjukkan seekor kumbang tanduk bewarna hitam gelap tanpa sebarang kapsyen tambahan. Semakan kami menerusi laman web rasmi Nothing US turut memperlihatkan hal yang sama, tetapi Nothing menyatakan sesuatu yang lebih baik bakal tiba tidak lama lagi.

Justeru, ramai yang tertanya-tanya mengenainya. Tidak kurang juga, ada yang mengaitkannya dengan fon telinga generasi baharu Nothing. Biarpun belum ada kepastian namun spekulasi awal mendakwa ia mungkin dikenali sebagai Nothing Ear (2). Rekaannya juga telah tertiris dengan elemen dan kemasan yang menyerupai pendahulunya. Namun terdapat juga beberapa penambahbaikan yang akan dibuat melaluinya. Ini termasuklah sambungan dwi-peranti secara serentak, pembatalan hingar aktif yang boleh diperibadikan, ciri mengesan semula fon telinga dan mod Transperancy terbina.

Bagi ketahui lebih lanjut mengenai kejutan yang disediakan oleh Nothing ini, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.


Komen ()