Cari @ Amanz

Menjadi kebiasaan untuk Apple memperkenalkan variasi warna baharu untuk iPhone, selang beberapa bulan selepas diperkenalkan.

Sekiranya pada tahun lepas, Apple memperkenalkan variasi iPhone berwarna hijau, untuk tahun 2023 ini, Apple kini dikatakan mungkin memperkenalkan iPhone 14 berwarna kuning tidak lama lagi.

Mengikut laporan awal, Apple dikatakan mungkin memperkenalkan pilihan warna kuning ini untuk iPhone 14 dan juga iPhone 14 Plus. Tidak dinyatakan sama ada iPhone 14 Pro dan Pro Max akan menerima pilihan warna sama atau sebaliknya.

Tetapi, jikalau mengikut trend, Apple akan memperkenalkan kemaskini warna ini untuk model utama mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Apple melalui kemaskini warna pilihan baharu ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd