Carian
Facebook Reels Kini Menyokong Perkongsian Sehingga 90 Saat
March 4, 2023 • Aman

Facebook Reels merupakan penawaran oleh pihak Facebook sebagai alternatif kepada TikTok. Ia membolehkan pengguna berkongsi video ke platform berkenaan, selain turut menonton perkongsian daripada pengguna lain secara rawak.

Sebelum ini, Reels dihadkan kepada hanya 60 saat, dan kini Facebook meningkatkan tempoh perkongsian kepada sehingga 90 saat.

Ini sekaligus membolehkan pengguna berkongsi video yang sedikit lebih panjang berbanding sebelum ini.

Kemaskini baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

Komen