Carian
Shein Pernah Tawarkan Google Dan Amazon Untuk Beli Pegangan
March 5, 2023 Aman

Shein merupakan salah satu penyedia platform fesyen, membolehkan orang ramai membeli pelbagai pakaian dengan rekaan dan fesyen terkini pada harga sangat kompetitif berbanding yang lain.

Menariknya, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan Shein pernah tawarkan kepada Amazon dan Google untuk membeli pegangan pada syarikat tersebut.

Ia dikatakan memandangkan Shein berbelanja pada platform tersebut – termasuk membeli pengiklanan pada Google, selain membeli storan awan melalui Amazon atau Google, maka ia mungkin membuatkan kedua-dua gergasi tersebut mendapatkan pegangan pada Shein.

Namun, idea tersebut tidak berhasil, apabila kedua-dua syarikat tidak berhasrat mendapatkan pegangan pada firma yang berasal dari China berkenaan.

Shein sebelum ini dikatakan dinilaikan sekitar $64 bilion pada awal tahun ini, memperlihatkan penurunan sedikit pada firma yang pernah mencapai nilai sekitar $100 bilion pada tahun 2022 lepas.

Komen