Cari @ Amanz

Microsoft Edge Tambah Ciri “Video Super Resolution” – Guna AI Untuk Tingkatkan Resolusi Paparan Video

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft kini mengumumkan pengenalan ciri baharu pada pelayar web mereka, Microsoft Edge. Ciri baharu ini dinamakan sebagai Video Super Resolution.

Melaluinya, Microsoft menggunakan teknologi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam meningkatkan kualiti dan resolusi sesuatu video. Memandangkan ia diintegrasikan terus pada pelayar web, maka anda boleh menikmati paparan kualiti lebih baik pada YouTube dan platform penstriman lain, terutamanya untuk video berkualiti rendah.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu mempunyai peranti yang menyokong GPU siri Nvidia RTX 20/30/40 atau siri AMD RX5700-RX7800. Selain itu, video yang dimainkan perlulah pada resolusi dibawah 720p sebelum ia ditingkatkan resolusinya, selain tidak dilindungi oleh teknologi perlindungan DRM.

Ciri baharu ini hadir pada versi terbaru Microsoft Edge.


Komen ()