Cari @ Amanz

Jack Dorsey merupakan pengasas Twitter, yang turut menerajui Twitter sebagai CEO sebelum ini. Selepas meninggalkan Twitter, beliau memfokuskan pada perkhidmatan kewangan Square, dan kini turut membangunkan aplikasi sosial tersendiri, dinamakan Bluesky.

Bluesky memfokuskan penawaran yang lebih kurang sama seperti Twitter, tetapi menyertakan elemen teknologi terpencar padanya.

Bluesky menawarkan pengalaman lebih kurang sama seperti di Twitter, termasuk boleh mengikuti akaun yang diinginkan, selain menghantar perkongsian, atau membalas perkongsian seseorang.

Aplikasi ini dilengkapi dengan protokol AT, iaitu sebuah teknologi yang dibangunkan sendiri oleh Bluesky. Ia sekaligus memudahkan anda berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang menggunakan perkhidmatan dibawah protokol AT, selain turut memberikan anda mengubah hos tanpa kehilangan identiti atau kandungan.

Protokol AT juga memberikan kebebasan kepada pengguna dalam memilih algoritma secara terbuka dan tidak tertakluk kepada sesuatu penyedia perkhidmatan tersebut sendiri.

Buat masa ini, Bluesky masih pada peringkat beta tertutup, dan memerlukan jemputan sebelum dapat menggunakannya. Tidak diketahui lagi bilakah pesaing Twitter ini akan diperkenalkan secara rasmi kepada semua secara terbuka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd