Carian
Apple Dilaporkan Bakal Perkenal iMac Dengan Cip M3 Pada Tahun Ini
March 6, 2023 Aman

Apple kini dilaporkan sedang mempersiapkan pengenalan sebuah komputer semua-dalam-satu terbaru mereka, iMac yang dijana dengan cip Apple M3 yang terbaru.

iMac ini dijangka akan mengekalkan saiz skrin sebesar 24-inci sama seperti sebelum ini, tetapi dijangka menawarkan prestasi lebih baik melalui cip M3 yang direkabentuk berasaskan proses 3nm.

Disamping dalaman, Apple iMac tahun ini akan hadir dengan sedikit kemaskini pada rekaannya juga. Tidak diketahui lagi sama ada pelbagai aksesori iMac seperti papan kekunci dan tetikus akan menggunakan sambungan Lightning atau beralih ke USB-C.

Sebelum ini, kali terakhir Apple memperkenalkan iMac adalah pada 2021 lepas dengan cip Apple M1. Ketika itu juga, ia hadir dengan rekaan lebih nipis hasil penggunaan cip baharu yang membolehkan rekaan lebih kompak dihasilkan. Disamping itu, Apple juga memperkenalkan sokongan pilihan warna berbeza melaluinya.

Komen