Cari @ Amanz

Ini Bukan Fon Kepala Tetapi Peranti Membuang Tahi Telinga

Link Copied!

Menurut pakar kesihatan, manusia perlu mencuci rongga telinga setiap 4 minggu sekali. Ini akan dapat mengelakkan isu jangkitan rongga dalam telinga dan gumpalan tahi telinga yang mengganggu pendengaran. Bagi mereka yang tidak mungkin geli untuk membersihkan telinga sendiri, OtoSet Ear Cleaning System telah dilancarkan.

Ia kelihatan seperti sepasang fon telinga tetapi sebenarnya adalah peranti yang direka untuk membuang tahi telinga. Cecair pembersih diletakkan di dalam dua kebuk pencuci. Terdapat corong silikon yang dimasukkan ke dalam telinga yang mengalirkan cecair pencuci.

Mekanisme penyedut kemudiannya akan mengeluarkan semula cecair pembersih dan kotoran keluar daripada rongga telinga sebelum disimpan di dalam kebuk kumbahan. Menurut pengeluar proses membersihkan telinga hanya memakan masa lima minit.

Sepasang OtoSet Ear Cleaning System dijual pada harga $3059 (~RM13,700) sebuah tetapi hanya boleh dibeli oleh klinik kesihatan sahaja.


Komen ()