Cari @ Amanz

Illegear Onyx 2023 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM4999

Link Copied!

Illegear sekali lagi hadir dengan komputer riba baharu menerusi siri Onyx 2023. Ia merupakan komputer riba yang memfokuskan terhadap golongan professional kreatif serta permua. Ia juga menggabungkan rekaan yang minimalis bersama spesifikasi dalaman berkuas. Terdapat tiga variasi model disediakan dengan pilihan pemproses Intel dan AMD.

Bermula dengan Illegear Onyx VX, ia didatangkan dengan panel 16-inci IPS Infinivision WUXGA yang turut disertakan kadar segar semula mencapai 165Hz. Ini dipadankan dengan CPU AMD Ryzen7 7735HS, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060, memori 8GB DDR5, storan 512GB NVMe SSD terbina dan bateri 62Wh. Seterusnya komputer riba ini turut memuatkan kamera web HD, di samping pilihan I/O yang terdiri dengan 1 X HDMI 2.1, 1 X Mini Displayport 1.4, 1 X RJ-45 LAN, 1 X DC-in Jack, 1X bicu audio, 1 X Mikrofon, 3 X USB 3.1 (Type A) dan 1 X USB Type-C.

Seterusnya Illegear Onyx NX pula dilengkapi panel 16-inci IPS yang turut dipadankan dengan pilihan kadar segar semula mencapai 240Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan CPU Intel Core i7-13700H, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070, memori 16GB DDR4, 512GB NVMe SSD PCIe Gen 4 SSD dan bateri 62W. Selanjutnya ia juga memuatkan kamera HD terbina, di samping pilihan I/O yang terdiri dengan 1 X HDMI 2.1, 1 X Mini Displayport 1.4, 1 X RJ-45 LAN, 1 X DC-in Jack, 1X bicu audio, 1 X Mikrofon, 3 X USB 3.1 (Type A) dan 1 X USB Type-C.

Akhir sekali ialah Illegear Onyx GX yang mempunyai panel sebesar 16-inci IPS dengan kadar segar semula 240Hz. Ini dipadankan dengan CPU Intel Core i9-13900HX, GPU mencapai NVIDIA GeForce RTX 4090, memori 16GB DDR5, storan 512GB NVMe SSD terbina dan bateri 99W. Seterusnya komputer riba juga memuatkan kamera HD, di samping pilihan I/O yang terdiri dengan 1 X HDMI 2.1 Output Port, 1 X RJ-45 LAN, 1 X DC-in Jack, 1 X bicu audio, 1 X mikrofon, 3 X USB 3.1 (Type A), 1 X Thunderbolt 4 hybrid USB Type-C dan 1 X Liquid Cooling Connector.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Illegear Onyx VX pada harga RM4,999. Sementara itu, Illegear Onyx NX pula berharga RM5,699 dan Illegear Onyx GX ditawarkan pada RM12,599 sebuah. Sesi pratempah telah dibuka sehingga 12 Mac 2023 dengan sejumlah hadiah menarik diberi bersama.


Komen ()