Cari @ Amanz

Huawei kini dilaporkan menjadi antara syarikat yang sedang melobi untuk diberikan ruang dan peluang dalam pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.

Sebelum ini, kerajaan telah memilih Ericsson untuk pembangunan infrastruktur rangkaian 5G. Tetapi, sejak awal tahun, ia dikatakan kerajaan sedang menilai kembali perkara berkaitan 5G ini.

Huawei 5G

Walaupun kerajaan masih belum memberikan kata putus, namun beberapa penganalisa beranggapan yang mana sebarang perubahan akan memberikan impak terhadap pelaburan akan datang daripada negara-negara luar kerana ketidaktentuan walaupun telah memeterai kerjasama.

Ia dikatakan, terdapat kemungkinan kerajaan benarkan satu lagi syarikat untuk membangunkan rangkaian alternatif dan bersaing bersama pihak Ericsson.

Penganalisa juga turut menyasarkan pembangunan penyedia infrastruktur kedua akan menambah kos, sekaligus memberikan kesan kepada harga akhir untuk pengguna. Terdapat beberapa pihak yang turut menyokong model penyedia tunggal yang mungkin menjadi penanda aras untuk pelbagai negara mengikutinya selepas ini sekiranya berjaya.

Buat masa ini, pelbagai syarikat telekomunikasi telah menggunakan perkhidmatan yang disediakan DNB melalui infrastruktur Ericsson. Namun, hanya Maxis belum menandatangani sebarang perjanjian untuk akses 5G.

  • Sumber
  • FT
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd