Carian
Illegear Sapphire GX Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM12,999
March 6, 2023 Amy Maizuraa

Buat para gamers di luar sana, Illegear kini menawarkan sebuah lagi komputer riba baharu dengan CPU terkini menerusi Sapphire GX. Bagi yang berminat, sesi pratempah kini telah dibuka sehingga 12 Mac 2023 dengan harga jualan RM12,999 sebuah. Menariknya lagi apabila setiap pembelian didatangkan dengan hadiah bernilai RM2,237 secara percuma.

Untuk spesifikasi, ia merupakan sebuah komputer riba dengan panel IPS bersaiz 17-inci WQXGA dengan kadar segar semula 240Hz. Ini dipadankan dengan CPU Intel-Core i9-13900HX, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090 16GB GDDR6, memori 16GB DDR5, 512GB NVMe SSD terbina dan bateri 99Wh.

Turut disertakan adalah kamera web HD dan menjalankan Windows 11, di samping pilihan I/O yang terdiri dengan 1 X HDMI 2.1, 1 X RJ-45 LAN, 1 X DC-in Jack, 1 X bicu audio, 1 X mikrofon, 3 X USB 3.1 (Type A), 1 x Thunderbolt 4 hybrid USB Type-C dan 1 Liquid Cooling Connector.

Komen