Cari @ Amanz

Illegear Mach 15 Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM3999 Di Malaysia

Link Copied!

Tidak kira sama ada digunakan untuk tujuan permainan atau pembelajaran, Illegear Mach 15 semestinya mampu memenuhi kedua-dua keperluan ini. Ia juga sebuah komputer riba berkuasa dengan perkakasan dalaman terkini menerusi janaan CPU AMD Ryzen 7 7735HS dan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060 8GB GDDR6 (dengan MUX Switch). Bagi yang berminat, ia sudah boleh dipratempah dengan harga bermula RM3999 bersama hadiah bernilai RM577 yang diberi secara percuma.

Untuk spesifikasi, Illegear Mach 15 didatangkan dengan panel IPS Infinivision FHD sebesar 15.6-inci yang turut menyokong kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan CPU AMD Ryzen 7 7735HS bersama pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050, NVIDIA GeForce RTX 4050 atau NVIDIA GeForce RTX 4060. Selanjutnya ia juga mempunyai sokongan memori sebesar 8GB DDR5, storan 512GB NVMe SSD terbina dan bateri berkapasiti 62Wh.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera web HD terbina, menjalankan Windows 11 dan pilihan I/O yang terdiri dengan 1 X HDMI 2.1 Output Port, 1 X Mini Displayport 1.4, 1 X RJ-45 LAN (10/100/1000Mbps), 1 X DC-in Jack, 1 bicu audio, 1 X mikrofon, 3 X USB 3.1 (Type A) dan 1 X USB Type-C.


Komen ()