Cari @ Amanz

Menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali sememangnya agak menjengkelkan. Misalnya seperti panggilan daripada ejen insuran, pegawai pemasaran kad kredit dan lain-lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ia agak merimaskan. Malahan dalam sesetengah kes, sekiranya tidak berhati-hati kita juga boleh menjadi mangsa scam.

Selari dengan hal tersebut, WhatsApp kini sedang membangun ciri baharu yang membolehkan pengguna membisukan panggilan daripada nombor yang tidak diketahui. Dinamakan sebagai Silence Unknowm Callers, ia boleh ditemui menerusi tetapan utama aplikasi. Seterusnya apabila diaktifkan, kesemua panggilan masuk daripada nombor yang tidak dikenali akan sentiasa dibisukan. Namun begitu, nombor tersebut masih akan dipaparkan di bahagian notifikasi dan senarai panggilan sebagai rujukan buat pengguna di masa mendatang.

Keupayaan ini boleh dianggap menarik keranan ia bukan sahaja boleh mengurangkan dan menyekat panggilan spam. Malahan turut bantu mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian wang ringgit sehingga ratusan ribu. Buat masa ini, ianya masih diperingkat pembangunan dan akan menerima beberapa penambah-baikan sebelum dilancarkan bagi versi penuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd