Cari @ Amanz

Google Play Memaparkan Amaran Aplikasi Mungkin Bermasalah Sekiranya Dipasang

Link Copied!

Secara lazimnya aplikasi perlu dimuat turun terlebih dahulu sebelum pengguna mengetahui sama ada ia boleh dijalankan tanpa masalah. Jika anda mempunyai pelan tanda tanpa had ini bukanlah isu tetapi adalah malang selepas dipasang aplikasi tidak boleh dijalankan dengan lancar. Google kini mula memaparkan amaran sekiranya aplikasi mungkin mempunyai isu apabila dipasang.

Menerusi ciapan Mishal Rahman, tangkapan layar di atas telah dikongsi. Play Store memberitahu pengguna aplikasi tertentu mempunyai isu apabila dipasang pada peranti dengan spesifikasi yang sama dengan peranti milik pengguna. Data ini mungkin dikumpul daripada pengguna lain yang melaporkan isu kepada Google apabila aplikasi bermasalah.

Dengan peranti Android mempunyai ribuan konfigurasi, ciri ini amat berguna kepada pengguna sebelum aplikasi dimuat turun. Ciri ini tidak pernah diumumkan secara rasmi oleh Google dan mungkin hanya diuji pada sebilangan pengguna terlebih dahulu.


Komen ()