Cari @ Amanz

Microsoft Outlook For Mac Kini Boleh Digunakan Secara Percuma

Link Copied!

Microsoft Outlook for Mac kini boleh digunakan secara percuma oleh pemilik peranti macOS. Langganan Microsoft 365 tidak lagi diperlukan seperti sebelum ini. Menerusi Outlook for Mac, pelbagai perkhidmatan emel seperti Outlook.com, Yahoo, Gmail dan mana-mana yang menyokong protokol IMAP disokong.

Selain diberikan secara percuma, Outlook for Mac juga telah dikemaskini untuk berfungsi dengan lebih baik pada komputer yang dilengkapi cip Apple M1 dan M2. Antara ciri yang disokong ialah Outlook Profiles yang membolehkan hanya notifikasi untuk kerja atau peribadi diterima mengikut profil yang dipilih. Terdapat juga sokongan widget dan notifikasi terbina terus ke dalam sistem macOS. Outlook for Mac boleh dimuat turun secara percuma menerusi Mac App Store hari ini.


Komen ()