Cari @ Amanz

Rekod Penerbangan Teksi Terbang Kini Dipegang Oleh Autoflight

Link Copied!

Di tahun 2023 masih terdapat usaha untuk menjadikan perkhidmatan teksi terbang realiti di bandaraya utama dunia. Usaha daripada Uber, Joby, EHang dan Volocopter setakat ini membuktikan ia boleh dilakukan. Terkini Autoflight mengumumkan kejayaan teksi terbang mereka Prosperity I mencatatkan perjalanan sejauh 250.64 km dengan sekali caj sekaligus menjadikannya perjalanan paling jauh dicatatkan oleh teksi terbang elektrik.

Ia melepasi rekod dunia yang dipegang oleh Joby sejauh 249 km yang dicatatkan pada tahun 2021. Prosperity mampu membawa sehingga empat penumpang tetapi ketika rekod dicatatkan tidak membawa sebarang penumpang. Seperti majoriti teksi terbang generasi moden, Prosperty I menggunakan kombinasi kipas untuk terbang menegak sebelum menggunakan sayap konvensional untuk melakukan penerbangan mendatar.

Kemampuan terbang sehingga 250 km membolehkan penumpang terbang dari Kuala Lumpur ke Bandaraya Melaka, Seremban, Ipoh, Kuantan, Taiping, Muar dan Batu Pahat dengan sekali caj.

Di Malaysia Volocopter, Malaysia Airports dan Skyports telah menandatangani perjanjian untuk mengkaji pembinaan lapangan teksi terbang dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebagai hab pertama negara. Sementara itu Singapura ingin mula menawarkan perkhidmatan teksi terbang elektrik seawal 2024.


Komen ()