Cari @ Amanz

Saintis Kini Tahu Sebab Wujudnya Ketakutan Dengan Badut

Link Copied!

Adakah anda takut dengan badut? Kami mengenali beberapa individu yang cukup takut dengan badut termasuklah patung Ronald McDonald di restoran makanan segera. Menarik sekali ketakutan dengan badut ini ditemukan di seluruh dunia tanpa mengira kaum dan budaya. Oleh sebab itu, saintis telah melakukan kajian mengenai sebab utama sesetengah individu mempunyai ketakutan dengan badut atau nama saintifiknya coulrofobia.

Dalam kajian yang melibatkan hampir 1000 responden berusia antara 18-72 tahun, sebanyak 53.5% mengatakan mereka mempunyai ketakutan dengan badut. Daripada jumlah ini 5% mengatakan ia adalah ketakutan yang melampau.

Apabila ditanya sebab mengapa ini berlaku, responded mengatakan ia disebabkan oleh paparan watak badut di dalam media adalah penyumbang utama dan bukanlah disebabkan pengalaman buruk bertemu badut. Ini adalah berbeza dengan fobia lain yang disebabkan oleh trauma yang berlaku sebelumnya.

Ketakutan juga disebabkan oleh raut wajah badut yang tidak boleh dibaca dengan mudah kerana penggunaan alat solek yang tebal. Manusia perlu membaca raut wajah untuk mentafsir sama ada ia mempunyai niat baik atau jahat.

Kajian diterbitkan di dalam jurnal Frontiers in Psychology.


Komen ()