Carian
Honor Watch GS 3i Dilancarkan Dengan Skrin AMOLED Dan Bateri Dua Minggu
March 7, 2023 Amy Maizuraa

Seutas lagi peranti boleh pakai terbaharu Honor diumumkan secara rasmi menerusi model Watch GS 3i. Ia dilengkapi rekaan seumpama seutas jam tangan biasa dengan skrin berbentuk bulat dan pilihan tali sejenis kulit atau getah yang tidak kalis air. Ini dipadankan pula dengan ciri kesihatan dan kecergasan terbina yang sesuai untuk kegunaan harian serta senaman.

Antaranya seperti pemantauan kadar degupan jantung sepanjang hari yang turut memberi amaran kepada pengguna apabila ianya berada di tahap terlalu tinggi atau rendah. Kemudian terdapat juga sokongan pemantauan ketepuan oksigen dalam darah yang boleh menjejaki perubahan badan manusia, seterusnya ciri pemantauan waktu tidur pula boleh mengenalpasti 6 jenis masalah tidur dan memberi cadangan penambahbaikan yang sepatutnya.

Selajutnya ianya turut memuatkan lebih 100 jenis sukan yang terbahagi kepada 15 jenis professional dan 85 mod sukan tersesuai. Di samping turut menyokong pengecaman senaman dan merakam data secara automatik sebaik sahaja pengguna memulakan langkah. Jam tangan ini juga dilengkapi dengan memori 32MB dan storan 4GB terbina. Selain turut menyokong pelbagai pemberitahuan pintar dan fungsi NFC. Bateri 455mAh yang disertakan pula boleh bertahan maksimum dua minggu penggunaan.

HONO

Kesemua ciri dinyatakan di atas telah dimuatkan dalam tubuh seutas jam tangan dengan skrin AMOLED sebesar 1.39-inci dan 454 X 454 piksel. Untuk harga, Honor Watch GS 3i dijual di China pada RMB799 (~RM515) seutas.

Komen