Cari @ Amanz

Cermin Mata Honor Movie Glasses Dilancarkan Dengan Skrin Mikro OLED

Link Copied!

Cermin mata juga menjadi sebahagian daripada produk terbaharu Honor yang diumumkan baru-baru ini. Dikenali sebagai Honor Movie Glasses, ia dilengkapi rekaan serba ringan dan kompak bagi memastikan pengalaman penggunaan yang selesa sepanjang masa.

Turut disertakan adalah skrin Mikro OLED beresolusi 1920 X 1080 piksel yang turut menyokong kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak mencapai 500nits. Ia juga menawarkan pengalaman seakan menonton skrin 201-inci terus daripada sebuah set kepala yang ringan. Dalam masa sama, ia juga boleh memaparkan beberapa aplikasi terbina secara bersebelahan, di samping turut menyokong penjejakan 3D melalui sensor gerakan terbina.

Selanjutnya terdapat juga dua pembesar suara terbina dengan sokongan audio 360 darjah yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman audio maya daripada kesemua arah. Ini digabungkan lagi dengan dwi-mikrofon terbina yang boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon serta pengalaman komunikasi yang mudah. Bagaimanapun cermin mata ini perlu ditambat pada peranti pintar terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Tambatan ini boleh dibuat menggunakan kabel USB-C yang turut diberikan oleh Honor bersama cermin mata ini.

Cermin mata Honor Movie Glasses ini dijual di China dengan harga RMB2499 (~RM1,612), namun Honor masih belum berkongsi perancangan lanjut untuk melancarkannya ke pasaran global.


Komen ()