Siri Lenovo Yoga merupakan barisan komputer riba yang memfokuskan terhadap penggunaan professional dan produktiviti harian. Ia juga didatangkan dengan rekaan serba minimalis bersama perkakasan dalam yang pelbagai bergantung pada jenis model bagi memenuhi keperluan.

Menjengah beberapa entri Lenovo di Weibo, kehadiran generasi baharu untuk komputer riba tersebut kini mula diacah secara rasmi. Maklumat mengenai peranti bagaimanapun agak terhad, namun Lenovo mengesahkan bahawa cip pemprosesan generasi ke-13 Raptor Lake akan digunakan sebagai tunjang utama komputer riba. Pada masa sama, ia juga dipercayai hadir dengan tubuh yang serba nipis dan ringan. Kemasan juga cukup elegan dengan gabungan tubuh berwarna hijau zamrud dan bingkai emas yang turut memperlihatkan penjenamaan Yoga padanya.
Produk baharu ini dijadualkan tiba sekitar bulan April hadapan, namun tiada tarikh pelancaran khusus yang diketahui setakat artikel ini ditulis.