Carian
Kerajaan Akan Seru Telegram Untuk Tangani Masalah Scam
March 7, 2023 Aman

Kementerian Komunikasi dan Digital kini menyatakan akan menyeru pihak Telegram dalam masa terdekat, untuk membincangkan sejumlah perkara berbangkit berkaitan aplikasi permesejan tersebut, terutamanya melibatkan scam dan keselamatan pengguna.

Pada hari ini, terdapat pelbagai kes penipuan melalui aplikasi Telegram, termasuk melibatkan kewangan dan lain-lain. Selain isu penipuan, Telegram juga perlu mengatasi dan membendung perkara lain sekiranya ada, termasuk penyebaran bahan lucah dan ekstremisme melalui aplikasi permesejan.

Selain itu, masalah kecurian identiti juga dijangka akan diberikan perhatian. Sebelum ini, mantan Perdana Menteri turut menjadi mangsa kecurian identiti pada aplikasi tersebut.

Komen