YouTube mempunyai beberapa variasi pembahagian kategori kandungan dibawahnya, dan salah satu kategori yang turut memperlihatkan peningkatan pesat adalah YouTube Gaming.
Melalui temuramah bersama Hollywood Reporter, pihak YouTube kini berkongsi mengatakan jumlah keseluruhan kandungan berkaitan permainan video di YouTube sepanjang 2022, telah melangkaui 2 trilion tontonan, salah satu pencapaian yang tinggi untuk platform berkenaan.
Berkongsi lanjut, YouTube memperlihatkan lebih 500 juta penonton harian menonton kandungan melibatkan permainan video, yang mana mencatatkan lebih 120 bilion jam tontonan pada platform tersebut.
Dengan pelbagai angka ini, ia sekaligus memperlihatkan kandungan permainan video memainkan salah satu peranan utama pada platform video tersebut.
Kini, dibawah CEO baharu, sama-sama kita nantikan apakah pelbagai ciri baharu yang bakal disertakan memfokuskan kepada YouTube Gaming ini.