Carian
Google I/O 2023 Akan Berlangsung Pada 10 Mei
March 8, 2023 Effi Saharudin

Acara Google I/O akan berlangsung pada 10 Mei hadapan. Mengikut tradisi, Google berkongsi teka teki dengan jawapan kepada bila acara berlangsung hanya akan diketahui sekiranya ia berjaya diselesaikan. Walaupun pandemik semakin tiba ke penghujung, Google I/O 2023 akan kembali dengan jumlah pengunjung yang dihadkan.

CEO Google, Sundar Pichai akan memberi ucaptama di Shoreline Amphitheater yang terletak di Mountain View pada hari tersebut. Pelbagai inovasi baharu yang telah dibangunkan oleh Google kemudian akan dikongsi kepada umum. Bagi mereka yang tidak mendapat jemputan, acara dapat ditonton secara langsung menerusi YouTube.

Antara yang mungkin dikongsi oleh Google tahun ini ialah maklumat mengenai Android 14 dan juga penawaran kecerdasan buatan daripada mereka.

Komen