Cari @ Amanz

Gab Shell Ialah Papan Kekunci Mekanikal Yang Boleh Digunakan Sambil Berjalan

Link Copied!

Papan kekunci adalah peranti input yang terbaik untuk menulis. Tindak balas haptik dan penggunaan semua jari ketika menaip menjadikan proses menghasilkan karya lebih pantas. Bagi mereka yang ingin berkarya dengan pantas di mana jua anda berada, papan kekunci Grab Shell telah dibangunkan.

Grab Shell ialah papan kekunci fizikal penuh yang boleh dilipat apabila ingin digunakan ketika berjalan. Setiap kekunci menggunakan suis Cherry MX1A. Bahagian papan kekunci utama dilipat ke belakang dan proses menaip boleh dilakukan dengan lapan jari. Terdapat dua lubang penyangkut pada bahagian sisi supaya ia boleh dipegang ketika berjalan.

Terdapat alat kawalan analog untuk mengawal kursor pada skrin di bahagian kiri dan sebuah track ball pula diletakkan pada sisi kanan. Dengan ini pengguna mempunyai dua jenis kawalan yang boleh digunakan. Kekunci juga dilengkapi sistem lampu RGB. Grab Shell boleh digunakan secara berwayar dan nirwayar dengan terdapat bateri 2000 mAh. Sistem operasi yang direka ialah Windows dan macOS. Sebuah Grab Shell dijual pada harga $299 (~RM1350) sebuah.


Komen ()