Reddit adalah platform mencari maklumat, tempat perbincangan dan banyak lagi yang popular. Saya sendiri kadangkala menemui berita di Reddit atau membaca fakta-fakta menarik di platform ini.

Terkini, aplikasi Reddit dikemaskini dengan antaramuka baharu dengan fokus ke arah lebih mudah pengguna untuk berinteraksi, menyertai komuniti. atau juga ingin memuat naik sesuatu. Pertama Reddit kini membenarkan pengguna mencari komen, jadi tidak lagi perlu baca satu demi satu untuk mencari jawapan.

Kedua, Reddit memperkenalkan mod suapan Read and Watch – di mana Read adalah untuk membaca seperti biasa sementara Watch adalah akses kepada kandungan video seakan TikTok. Dalam mod video ini, pengguna boleh tatal ke atas atau ke bawah untuk memilih video yang ingin ditonton.

Akhir sekali, aplikasi turut dikemaskini dengan rekaan antaramuka yang lebih kemas dan memudahkan sesiapa sahaja menyumbang kandungan. Sementara akan datang di web, pemain video akan dikemaskini memudahkan pengguna sambil tonton sambil membaca.