Cari @ Amanz

Meta sejak kebelakangan ini kerap memfokuskan kepada ciri komuniti untuk produk-produk mereka. IG dengan Channels, WhatsApp dengan Communities dan banyak lagi.

Terkini, WhatsApp Group dilihat mungkin akan menerima ciri baharu dinamakan sebagai Expiring Groups. Sama seakan mesej menghilang, fail media boleh dilihat sekali atau siaran ke Status, ciri ini akan memastikan kumpulan WhatsApp yang dicipta atau WhatsApp Group musnah selepas satu tempoh masa.

Ciri ini dilihat memberi pilihan sama ada sesuatu WhatsApp Group itu akan musnah-sendiri selepas satu hari, satu minggu atau tetapkan sendiri masa yang diingini. Ciri ini adalah amat berguna sekali, kerana boleh mengurangkan Group-group yang semak yang sudah tidak aktif.

Seperti saya di Amanz, setiap kali ada acara pelancaran atau kerja ke luar negara pasti akan ada WhatsApp Group baharu. Tetapi selepas acara tamat atau kembali pulang ke Malaysia, pentadbir kumpulan kerap lupa untuk buang Group ini menyebabkan ke arah Spam atau ruang pemesejan yang semak.

Ciri ini dilihat diuji pada iOS dan tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada semua, termasuk pengguna Android. Apa kata anda, adakah ini satu ciri berguna?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd