Cari @ Amanz

Bila bercakap mengenai peranti dengan kamera bawah skrin, semestinya Nubia antara pengeluar yang terkenal dengannya. Inovasi ini juga telah dikomersialkan dengan meluas menerusi beberapa peranti pintar mereka termasuklah Nubia Z50 Ultra. Ia merupakan peranti mercu terbaharu daripada Nubia yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagai tunjang utama.

Ini dipadankan pula dengan kamera swafoto bawah skrin serba baharu. Di samping sistem kamera utama tersesuai yang dibuat khusus bagi menawarkan panjang fokus potret pada kamera 35mm. Melaluinya peranti ini menampilkan kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX787 dan OIS. Seterusnya diikuti pula dengan kamera ultra-lebar 50MP (14mm) dengan pilihan makro, selain terdapat juga kamera telefoto potret periskop sebesar 64MP.

Selanjutnya skrin pula sejenis AMOLED melengkung bersaiz 6.81-inci FHD+ dan bernisbah aspek 20:9. Pilihan memori pula sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 1TB UFS4.0 turut diberikan. Bateri 5000mAh yang digunakan turut menyokong sistem pengecasan pantas 80W. Kemudian peranti ini juga mempunyai pembesar suara stereo yang ditala dengan sistem audio DTS: X Ultra.

Lain-lain spesifikasi termasuklah rangkaian 5G terbina, bluetooth 5.2, port sambungan USB-C dna menjalankan MyOS13 berasaskan Android 13. Kesemua ciri dan fungsi yang dinyatakan telah dimuatkan ke dalam sebuah peranti dengan panel belakang kaca AG yang digabungkan dengan teknologi kilauan 3D bagi menghasilkan kemasan yang unik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd