Cari @ Amanz

Samsung Galaxy M14 5G dilancarkan hari ini dengan ia merupakan sebuah peranti kelas permulaan yang ditawarkan pada harga yang menarik. Dari segi spesifikasi ia hadir dengan skrin 6.6″ PLS LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Exynos 1330, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri bersaiz 6000 mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Kamera utama pula menggabungkan sensor sudut lebar 50MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Di bahagian hadapan pula kamera 13MP digunakan dengan ia diletakkan dalam lubang Infinity V di skrin. Kerana peranti ini adalah dari kelas permulaan, kemampuan rakaman video hanyalah FHD 30FPS sahaja.

Peranti menggunakan pelancar One UI 5.0 berasaskan Android 13. Sokongan kad mikro SD sehingga 1TB, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi dan pengecas menggunakan USB-C juga disertakan.

Harga jualan Samsung Galaxy M14 5G bermula daripada UAH 8299 (~RM1005) untuk versi 4/64 GB dan UAH 8999 (~RM1090) untuk versi 4/128 GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd