Sonos semalam telah melancarkan dua speaker baharu mereka iaitu Sonos 300 dan Sonos 100. Sonos 300 hadir dalam bentuk unik yang memuatkan enam pemacu audio dengan sokongan Dolby Atmos dan audio spatial. Sementara Sonos 100 adalah pembesar suara kompak yang menggantikan Sonos One dengan dua pemacu audio di kiri dan kanan serta sebuah subwoofer.
Baru-baru ini Sonos mengesahkan yang speaker baharu mereka Sonos 300 dan 100 serta Sonos Arc dan Beam Gen 2 akan menjadi speaker pertama dunia menyokong audio spatial Apple Music. Sokongan ini akan diedarkan bermula 28 Mac nanti.
Sehingga hari ini audio Spatial Apple Music hanya boleh dinikmati melalui produk Apple sahaja seperti AirPods atau Beats Fit Pro. Dengan kerjasama bersama Apple ini, Sonos secara tidak langsung menjadi pengeluar speaker rumah pertama menawarkan sokongan penstriman audio Apple Music imersif.
Sebagai pengguna Apple Music, saya boleh katakan ini adalah ciri yang baik dan sangat seronok untuk dihayati kerana pengalaman pendengaran yang unik dapat dinikmati. Apa kata anda?