Cari @ Amanz

Telegram Memperkenalkan Mod Penjimatan Bateri – Nyah-Aktifkan Animasi Dan Kesan Khas

Oleh Aman

Link Copied!

Telegram Messenger kini memperkenalkan sebuah ciri baharu pada aplikasi mereka, iaitu “Power Saving Mode”. Dengan langkah in, ia membolehkan bateri dijimatkan ketika menggunakan aplikasi berkenaan, sekaligus menawarkan masa penggunaan yang lebih lama.

Telegram mengatakan ciri ini akan aktif secara automatik apabila bateri pada peranti mencapai suatu tahap, sekaligus mematikan paparan berbentuk animasi dan kesan khas yang biasanya menggunakan tenaga bateri tambahan.

Bagi anda yang menggunakan Telegram, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan mengaktifkan ia pada bahagian Settings > Power Saving.


Komen ()