Carian
DuckDuckGo Tambah Ciri Carian Dijana AI Dinamakan DuckAssist
March 8, 2023 Aman

DuckDuckGo hari ini mengumumkan pengenalan integrasi ciri kecerdasan buatan pada enjin carian mereka, membolehkan pengguna mendapatkan jawapan pantas untuk sesuatu carian terus pada halaman keputusan carian, tanpa perlu membuka sebarang laman web.

DuckDuckGo menjayakan perkara ini dengan menawarkan kandungan dari Wikipedia terus ke halaman keputusan carian. Mereka menamakan ciri ini sebagai DuckAssist.

Untuk teknologi ini, DuckDuckGo menggunakan teknologi bahasa yang disediakan oleh OpenAi dan Anthropic untuk meringkaskan dan memaparkan jawapan dari Wikipedia.

DuckDuckGo menyatakan ini adalah permulaan integrasi sokongan kecerdasan buatan pada enjin carian mereka, dan lebih banyak ciri baharu akan ditambah dalam bulan-bulan akan datang.

Buat masa ini, ciri ini boleh diuji pada pelauar web DuckDuckGo dan juga melalui pemalam DuckDuckGo.

Komen