Carian
Redmi 12C Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga RM599 – Spesifikasi Asas, Guna Mikro-USB
March 9, 2023 Aman

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan penawaran satu lagi telefon berspesifikasi asas untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi 12C.

Redmi 12C hadir dengan skrin 6.71-inci dengan resolusi HD+, dijana dengan cip MediaTek Helio G85 pada kelajuan 2Ghz, memori mencapai 6GB RAM, dan storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan dwi-kamera belakang dengan sensor 50MP, selain kamera swafoto 5-megapixel.

Redmi 12C ini turut hadir dengan bateri 5000mAh, tetapi masih menggunakan pengecas berasaskan mikro-USB dengan kelajuan 10W.

Ciri lain yang disertakan adalah termasuk sokongan bicu audio 3.5mm, selain pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.

Bagi anda yang berminat, Redmi 12C ditawarkan pada harga RM599 untuk variasi 4GB RAM, sementera model 6GB RAM ditawarkan pada harga RM699.

Komen