Carian
Samsung Menawarkan Diskaun Sehingga RM400 Untuk Beberapa Peranti Siri Galaxy S22
March 9, 2023 Amy Maizuraa

Anda sedang berkira-kira untuk membeli atau menambah koleksi telefon pintar? Inilah masa yang sesuai untuk anda pertimbangkan tawaran menarik daripada Samsung yang kini mengumumkan kemaskini harga baharu untuk beberapa peranti siri Galaxy S22. Melaluinya, potongan harga sehingga RM400 diberikan sekaligus menjadikan peranti boleh dimiliki pada harga lebih rendah berbanding asal.

Berikut adalah senarai lengkap tawaran baharu :

  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G (512GB) – RM5499
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G (256GB) – RM5099
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G (128GB) – RM4699
  • Samsung Galaxy S22 (256GB) – RM3499
  • Samsung Galaxy S22 (128GB) – RM3299

Melihat pada penawaran ini, Samsung telah menawarkan potongan harga RM400 untuk model Galaxy S22 Ultra yang kini boleh dibeli pada RM5499 (512GB), RM5099 (256GB) dan RM4699 (128GB). Sementara itu Samsung Galaxy S22 pula boleh dibeli pada RM3499 (256GB) dan RM3299 (128GB) dengan diskaun sebagai RM200 setiap satu. Keterserdiaan adalah bermula sekarang menerusi kedai atas talian rasmi Samsung Malaysia.

Komen