Spotify ialah diantara platform penstriman audio yang paling popular di dunia, dan syarikat tersebut baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka kini mempunyai seramai 500 juta pendengar aktif percuma dan berbayar di seluruh dunia setiap bulan.

Sehubungan dengan itu, Spotify juga dilaporkan telah memperlihatkan rekaan antaramuka baru yang dilaporkan memiripi TikTok tidak lama lagi, termasuklah ciri-ciri baru seperti pratontonan video, lagu, podsiar dan buku audio di laman hadapan aplikasi Android dan juga iOS.
Malah, antaramuka baru Spotify ini dikatakan akan memudahkan lagi pengguna untuk bukan sahaja berkongsikan lagu-lagu atau album kegemaran mereka, tetapi juga untuk mereka melihat penawaran lanjut artis-artis kegemaran mereka dengan lebih mudah.

Penambahan ciri-ciri baru dan juga antaramuka ini dijangka akan diperkenalkan secara berkala tidak lama lagi, tetapi antaramuka baru ini tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperlihatkan.