Carian
Microsoft Bing Mencatatkan 100 Juta Pengguna Sehari Kerana Fungsi Bing Chat AI
March 9, 2023 Nazrin

Microsoft hari ini telah mengumumkan bahawa enjin carian tersebut kini mempunyai lebih dari 100 juta pengguna sehari.

Satu sebab utama mengapa nombor pengguna Microsoft Bing meningkat kebelakangan ini ialah populariti fungsi Bing Chat AI yang menggunakan teknologi ChatGPT untuk menguasakannya. Ia dianggarkan sekitar 1/3 daripada trafik ke Microsoft Bing adalah untuk menggunakan Bing Chat.

Jumlah ini dilihat sangat kecil berbanding dengan Google yang mempunyai sekitar 8.5 bilion carian sehari, tetapi untuk Microsoft, nombor ini cukup signifikan buat mereka kerana ia adalah pertama kali Microsoft Bing memperlihatkan jumlah pengguna yang sebanyak itu.

Malah, aplikasi Bing yang diperkenalkan oleh Microsoft untuk peranti-peranti pintar juga telah memperlihatkan peningkatan penggunaan sebanyak 6x sejak fungsi Bing Chat AI diperkenalkan beberapa minggu yang lalu.

Fungsi kecerdasan buatan tersebut dilihat akan diperkenalkan didalam lebih banyak lagi penawaran-penawaran Microsoft, seperti sistem operasi Windows 11, Office 365 dan juga Microsoft Teams kelak.

Komen