Atom bergetar dengan pantas sehingga ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Tahun demi tahun, saintis sentiasa mencari cara untuk menangkap pergerakan zarah atom bagi memahaminya dengan lebih mendalam. Saintis daripada Columbia Engineering dan Université de Bourgogne telah membangunkan kamera baharu dengan kelajuan pengatup 1 pertriiion saat (1 Picosaat).

Kamera neutron ini cukup pantas untuk menangkap gambar pergerakan atom dengan jelas. Sistem kamera yang wujud sebelum ini boleh mengambil gambar atom cuma hasilnya kabur kerana tidak cukup pantas. Selepas digunakan, saintis kini mengetahui struktur sebenar kristal GeTe. Pergerakan atom dalam struktur kristal dapat dilihat dengan lebih jelas selepas menggunakan kamera neuron ini.

Walaupun kamera neuron ini pantas, ia bukanlah kamera terpantas dunia. Rekod ini dipegang oleh kamera teknologi CUSP yang dibangunkan oleh Caltech pada tahun 2020 yang boleh mengambil gambar pada kadar 70 trilion FPS.