OPPO Find N2 Flip merupakan peranti terbaharu daripada OPPO. Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM3999 bermula Sabtu ini, 11 Mac 2023. Sempena jualan pertamanya ini, OPPO menawarkan promosi yang memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pelbagai hadiah percuma bernilai RM508, termasuklah OPPO Enco Air3 dan waranti tambahan selama setahun. Bukan itu sahaja, anda turut berpeluang mendapatkan potongan harga sebanyak 50% bagi pelan OPPO Care Screen Protection, pada harga RM299. Kesemua penawaran berbaloi ini boleh didapati dalam jangka masa terhad dan sehingga stok masih ada, bermula 11 Mac 2023.
Buat pertama kalinya, OPPO Malaysia menganjurkan OPPO Find N2 Flip Pop-up Experience Store, bermula dari 6 sehingga 12 Mac 2023 bertempat di pintu utama Pavilion KL. Melalui acara ini, anda boleh mencuba sendiri kemampuan OPPO Find N2 Flip, serta menyaksikan ketahanan peranti ini melalui Folding Robot yang bakal membuktikan bahawa peranti ini boleh dilipat sehingga 200,000 kali.
Lebih menyeronokkan lagi, anda turut berpeluang menyertai pertandingan Flip-a-Pose, semudah bergambar dengan replika gergasi OPPO Find N2 Flip yang terbesar di Malaysia iaitu OPPO Giant Flip. 30 penyertaan dengan gaya paling menarik bakal membawa pulang OPPO Enco Air, dan mereka yang memenanginya juga automatik berpeluang menjadi tiga pemenang hadiah utama iaitu OPPO Find N2 Flip.
Kenapa Anda Perlu Mendapatkan OPPO Find N2 Flip?
Rekaan Mesra Poket
OPPO Find N2 Flip ini didatangkan dengan rekaan yang mesra poket, dengan seberat 191 gram dan berketebalan 7.45mm, menjadikan peranti ini cukup mudah untuk dipegang, diguna dan disimpan. Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan skrin luaran menegak bersaiz 3.26 inci, yang merupakan skrin luaran paling besar jika dibandingkan dengan pesaing lain.
Skrin luaran ini juga boleh berfungsi sebagai skrin paparan kedua yang memberikan pengalaman rakaman yang lebih baik. Ini kerana, skrin luaran ini membantu anda untuk melihat dan menentukan komposisi sebelum mengambil gambar atau merakam video.Kewujudan skrin luaran ini turut memudahkan anda untuk membalas mesej, melihat notifikasi dan menggunakan widget, tanpa perlu membuka peranti mahupun aplikasi. Skrin luaran ini juga boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon, memandangkan ia terbina dengan fungsi speaker dan Bluetooth.
Kesan Lipatan Minimal Dengan Spesifikasi Mantap
Salah satu kelainan yang ada membezakan penawaran OPPO dan pesaingnya adalah kewujudan engsel Flexion, engsel generasi baru yang meminimalkan kesan lipatan pada skrin. Engsel Flexion ini cukup kecil, ringan dan berkualiti, menjadikan peranti ini kelihatan kompak dan nipis apabila dilipat. Engsel yang kecil ini juga mampu memberi lebih ruang kepada OPPO untuk menyertakan komponen lain seperti skrin hadapan yang lebih besar, dan juga bateri 4,300mAH.
Bercerita tentang bateri pula, OPPO Find N2 Flip ini memuatkan bateri bersaiz 4,300 mAH. Turut memberi nilai tambah pada prestasi bateri adalah kewujudan pengecasan pantas 44W FlashCharge yang dapat mengecas peranti dari 0% ke 100% dalam masa satu jam. Kapasiti bateri dan sistem pengecasan pantas ini merupakan yang paling besar dan laju, sekiranya dibandingkan dengan telefon skrin boleh lipat yang lain.
Peranti Kompak, Ketahanan Gempak
Walaupun kompak dan kecil di tangan, tahap ketahanan dan keselamatan OPPO Find N2 Flip ini tidak diragui. Ini kerana, ketahanan peranti ini telah diperakui sendiri oleh TÜV Rheinland, yang merupakan badan pensijilan teknologi dari Jerman yang mengesahkan standard keselamatan dan kualiti produk bagi melindungi keselamatan pengguna. Melalui beberapa siri ujian yang dibuat, peranti ini terbukti mampu berfungsi dengan baik meskipun sudah dilipat sebanyak 400,000 kali.
Kesimpulan
Sekiranya artikel kami ini sudah berjaya menarik minat dan hati anda untuk memiliki OPPO Find N2 Flip, itulah petanda untuk anda mengunjungi My OPPO Space, kedai fizikal OPPO, kedai atas talian rasmi OPPO, syarikat telekomunikasi, kedai atas talian rasmi OPPO di Shopee dan Lazada, serta pengedar sah OPPO Malaysia, sekarang.
Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia