Syarikat-syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi kini berada dibawah naungan satu syarikat konglomerat CelcomDigi, tetapi masih lagi mengekalkan jenama dan perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.
Terkini, CelcomDigi telah mengumumkan bahawa para pelanggan kedua-dua perkhidmatan telekomunikasi ini boleh ke kedai-kedai Blue Cube dan Digi Store sedia ada untuk memanfaatkan perkhidmatan pelanggan syarikat-syarikat ini tidak kira perkhidmatan yang mana mereka gunakan.

Bersama, Blue Cube dan Digi Store mempunyai 534 kedai di seluruh Malaysia yang boleh dimanfaatkan untuk 11 jenis perkhidmatan, termasuklah pembayaran bil, pertukaran pelan telekomunikasi, gantian kad SIM dan sebagainya.
Pelanggan baru yang mahu melanggan pelan Celcom ataupun Digi juga boleh ke kedua-dua kedai ini, berdasarkan lokasi mana yang lebih berdekatan untuk mendapatkan salah satu pelan pra atau pascabayar daripada kedua-dua syarikat telekomunikasi ini.