Cari @ Amanz

Tahun 2022 adalah cukup mencabar bagi pengeluar telefon pintar. Kombinasi ekonomi dan pandemik menyebabkan permintaan untuk peranti baharu menjunam. Hampir kesemua pengeluar peranti utama mencatatkan pengurangan jualan. Terkini Canalys telah menerbitkan laporan mengenai pengeluaran peranti boleh-pakai sepanjang 2022.

Di antara lima pengeluar dengan pegangan terbesar, hanya Apple berjaya meningkatkan jualan berbanding 2021. Apple masih gah di tangga teratas dengan pegangan 22.6% pasaran yang bersamaan jualan melebihi 41 juta Apple Watch. Tahun lalu mereka menjual 39.4 juta Apple Watch.

Xiaomi di tangga kedua dengan 9.3% pegangan diikuti oleh Huawei (8.3%), Samsung (7.7%), dan Google (6.4%). Walaupun di tangga kedua, pengeluaran Xiaomi menjunam -41% dan Huawei pula -21%. Apple Watch mengukuhkan kedudukan mereka tahu lalu dan Wear OS pula jauh ketinggalan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd