Carian
Oppo Find X6 Pro Mungkin Tidak Ke Pasaran Global
March 10, 2023 Effi Saharudin

Strategi pemasaran Oppo tahun ini sedikit aneh kerana siri Find X belum diumumkan sebaliknya hanya siri Find N2 sahaja telah dilancarkan. Itupun dengan hanya Find N2 Flip ke pasaran global dan Find N2 kekal eksklusif untuk pasaran China. Kini kedengaran ura-ura untuk siri Oppo Find X6 kelak, model Find X6 Pro akan menerima nasib yang sama.

Menurut ciapan daripada Ice Universe, Oppo Find X6 Pro akan hanya dipasarkan di China. Hanya model vanilla Find X6 akan dipasarkan ke peringkat global. Satu lagi strategi yang boleh dilihat sebagai aneh tetapi mungkin dilakukan selepas melihat trend permintaan telefon pintar tahun ini yang dijangka akan turut mendadak.

Besar kemungkinan juga OnePlus 11 ialah peranti mercu global daripada Oppo dan OnePlus untuk tahun ini. Kita juga melihat Vivo X90 Pro dan iQOO 11 telah memasuki pasaran global. Bagi mengelakkan persaingan dengan syarikat bersaudara mereka, keputusan ini diambil oleh Oppo.

Komen