Carian
KKD Minta Berhenti Melobi Berhubung Pelaksanaan 5G Melalui Media
March 10, 2023 Aman

Kementerian Komunikasi dan Digital kini menegaskan supaya berhenti melobi sebarang perkara berhubung pelaksanaan 5G di Malaysia, sama ada melalui media antarabangsa atau dalam negara.

Buat masa ini, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai penelitian berhubung hala tuju pelaksanaan 5G di Malaysia, dan mengatakan tidak akan terkesan dengan sebarang langkah melobi kontrak pelaksanaan berkenaan.

Kerajaan dijangka membuat keputusan muktamad berkenaan hala tuju pelaksanaan 5G di Malaysia, menjelang penghujung bulan ini, Mac 2023.

Sebelum ini, hadir laporan dari media antarabangsa, menyatakan Huawei ingin melobi untuk peluang pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia. KKD tidak menyatakan sama ada kenyataan baharu ini ditujukan kepada sesiapa, tetapi sebaliknya menegaskan perkara berkenaan secara umum.

Buat masa ini, Ericsson telah diberikan kontrak untuk pembangunan infrastruktur 5G, melalui DNB. KKD turut menegaskan, sekiranya ada,  kerajaan akan menghormati apa-apa kontrak yang telah ditandatangani.

Komen