Cari @ Amanz

Amerika Syarikat ingin mengharamkan aplikasi dari luar negara yang dilihat boleh mendatangkan isu keselamatan kepada negara menerusi Akta RESTRICT. Ia adalah singkatan untuk Akta Restricting the Emergence of Security Threats that Risk Information and Communications Technology yang memberikan kuasa kepada Jabatan Perdagangan A.S untuk mengharamkan teknologi dari luar negara yang dipercayai berpotensi membahayakan keselamatan negara.

China Amerika

Akta RESTRICT kini mendapat sokongan daripada Rumah Putih dan pada waktu yang sama turut menerima sokongan daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Antara aplikasi yang akan terancam oleh akta ini ialah TikTok yang sering dituduh berkongsi data milik pengguna dengan China. Walaupun telah dinafikan berkali-kali serta data pengguna A.S dipindahkan ke pelayar milik Oracle, masih terdapat gerakan yang ingin mengharamkannya terus.

Ini dilihat sama seperti yang dilakukan oleh China yang mengharamkan aplikasi Google, Meta, Twitter dan banyak lagi daripada negara mereka. Langkah ingin mengharamkan TikTok dimulakan oleh Donald Trump dan hanya kini diteruskan oleh pentadbiran Presiden Biden. Pemasangan aplikasi TikTok pada peranti milik penjawat awam telah diharamkan sejak tahun lalu.

Dalam kenyataan rasmi, TikTok berkata “Larangan AS terhadap TikTok ialah larangan ke atas pengeksportan budaya dan nilai Amerika kepada lebih bilion orang yang menggunakan perkhidmatan kami di seluruh duniaā€¯.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd