Carian
Aplikasi Creators’ App Menggantikan Imaging Edge Untuk Mengawal Kamera Digital Sony
March 10, 2023 Effi Saharudin

Jika anda pengguna kamera digital Sony, anda perlu memuat turun aplikasi baharu Creator’ App yang kini menggantikan aplikasi Imaging Edge yang digunakan selama ini. Creator’s App mempunyai antaramuka yang lebih mudah difahami serta hadir juga dengan ciri Creator’s App yang menyimpan gambar terus ke storan awanan.

Kesemua ciri lama seperti mengawal pengatup kamera dari jarak jauh serta melakukan perubahan pada tetapan kamera masih boleh dilakukan dalam Creator’s App. Aplikasi Imaging Edge akan ditarik daripada Google Play Store dan Apple App Store.

Pada waktu ini hanya kamera Alpha 7 IV dan ZV-1F disokong. Kemudian kamera Alpha 7R V, FX3, FX30. Alpha 7 IV, Alpha 7R V, FX3, dan FX30 akan dikemaskini untuk turut menyokong Creator’s App. Pengguna baharu akan menerima storan 5GB percuma. Mereka yang mempunyai kamera Sony akan dinaik taraf ke storan percuma 25GB. Pelan lain untuk storan lebih besar belum diumumkan Sony.

Komen