Carian
Microsoft Memperlihatkan Visual ChatGPT – Guna Konsep ChatGPT Untuk Penjanaan Imej
March 13, 2023 Aman

Perkembangan kecerdasan buatan agak aktif kebelakangan ini, dengan pelbagai syarikat menyertai pembangunannya. Salah satu syarikat yang turut menerajui arena ini adalah Microsoft.

Terbaru, melalui Microsoft Research, mereka memperlihatkan pembangunan baharu memfokuskan visual, dinamakan Visual ChatGPT.

Microsoft menggunakan konsep “perbualan” yang digunakan pada ChatGPT, dan mengintegrasikan ia bersama model penjana imej sedia ada seperti Stable Diffusion dan lain-lain.

Dengannya, pengguna boleh berbual untuk menjana sesuatu imej, termasuk mengawal seperti membuang sesuatu latar, mengubah objek dalam gambar tersebut, dan beberapa lain. Langkah ini dilihat memberikan lebih pilihan dan kawalan kepada pengguna berbanding penjana imej hari ini yang hanya membolehkan pengguna berinteraksi sekali sahaja untuk menghasilkan sesuatu gambar.

Buat masa ini, Visual ChatGPT ini sekadar konsep kajian sahaja, dan pihak Microsoft berkongsi lanjut mengenainya melalui laman GitHub mereka.

Komen