Cari @ Amanz

Penjejak objek adalah aksesori yang nampaknya tidak mendapat perhatian umum. Hanya sebilangan kecil pengeluar seperti Apple, Huawei dan Samsung menawarkannya ke dalam ekosistem mereka. Bagi pengguna Samsung Galaxy SmartTag, penjejak objek generasi kedua akan dilancarkan tahun ini menurut laporan Sammobile.

Mereka memetik sumber dalaman Samsung yang berkata SmartTag generasi kedua akan dilancarkan sekitar Ogos bersama dengan peranti skrin boleh lipat baharu mereka. Pada waktu ini Samsung menawarkan dua versi SmartTag dengan satu menggunakan bluetooth dan satu lagi menggunakan teknologi UWB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd