Cari @ Amanz

Amazfit telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk di Malaysia pada minggu ini. Melaluinya Amazfit GTR Mini bakal diperkenalkan sebagai kemaskini baharu untuk rangkaian peranti boleh-pakai keluarannya.

Semakan kami menerusi kedai atas talian rasmi Amazfit di Shopee, harga jualan produk telah disenaraikan lebih awal dengan harga jualan RM599 seutas. Menariknya ia juga boleh dimiliki pada harga promosi serendah RM579 pada 17 Mac 2023. Ia bagaimanapun terhad untuk pembelian pada jualan pertama sahaja sebagai harga pengenalan yang disertakan dengan kad Starbucks bernilai RM20 secara percuma.

Spesifikasi utama turut dikongsi menunjukkan jam tangan ini didatangkan dalam saiz 42mm. Ini dipadankan dengan skrin jam berbentuk bulat sebesar 1.28-inci AMOLED serta tali sejenis silikon. Turut disertakan ialah pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina yang boleh memantau kadar degupan jantung sepanjang hari, tekanan masa nyata, pola waktu tidur dan sebagainya. Terdapat juga lebih 120 mod sukan terbina dengan ciri pengesanan aktiviti secara automatik. Kemudian bateri yang disertakan pula mampu bertahan sehingga dua minggu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd