NASA kini mengumumkan telah menemui sebuah asteroid baharu yang mempunyai kebarangkalian sangat kecil untuk menghentam Bumi pada 2046 kelak.
Asteroid ini dikatakan bersaiz sebesar sebuah kolam renang Olimpik, dan dikenali dengan nama 2023 DW.
NASA buat masa ini, melabelkan ia dengan label risiko “1” pada Torino Impact Hazard Scale. Sebelum ini, kebanyakkan asteroid atau komet dilabelkan “0” sahaja, dan walaupun asteroid 2023 DW ini dilabelkan “1”, namun kebarangkaliannya sangat kecil. Secara kasar, ia dikatakan mempunyai kebarangkalian 1 per 560 untuk menghentam Bumi.
Jarak paling dekat asteroid tersebut dijangka lalu adalah sekitar 1.8 juta kilometer. Walaupun ia memasuki ruangan Bumi, impaknya dijangka tidak memberikan kesan yang besar kepada keseluruhan Bumi, tetapi mungkin pada lokasi berkaitan sahaja.
Pihak NASA sendiri sebelum ini telah melakukan beberapa persediaan sekiranya terdapat sebarang asteroid atau komet yang menuju ke Bumi, termasuk menggunakan sebuah satelit yang menghentam asteroid berkenaan untuk mengubah arah laluannya.
NASA dijangka akan terus memerhati asteroid ini, dan akan melihat kepada lebih banyak data sebelum apa-apa keputusan diambil. Memandangkan ia masih terlalu awal buat masa ini, maka tidak diketahui sama ada arah perjalanannya benar-benar ke Bumi, atau akan berubah kelak.