Carian
Samsung Galaxy A14 Kini Di Malaysia Pada Harga RM799
March 13, 2023 Aman

Samsung kini membawa masuk satu lagi telefon pintar berspesifikasi asas untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Galaxy A14.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.6-inci FHD+ dengan paparan bertakuk-V, dijana cip Exynos 850, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Galaxy A14 turut menyertakan ruangan mikroSD dengan sokongan sehingga 1TB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan sensor utama pada bahagian belakang, yang turut dilengkapi dengan dua lagi sensor kamera tambahan. Pada kamera bahagian hadapan, Galaxy A14 menyertakan sensor 13-megapixel.

Galaxy A14 turut dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Samsung mengatakan Galaxy A14 menggunakan bahan plastik kitar semula, termasuk TPU berasaskan bio, selain pembungkusan minimalis berasaskan kertas kitar semula.

Menariknya juga, telefon ini menggunakan One UI 5.1 terkini seperti pada telefon mercu Galaxy S23, dan turut akan menerima kemaskini Android OS selama dua generasi, selain kemaskini sekuriti selama 4 tahun.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy A14 ini pada harga RM799.

Komen