Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A54 5G akan dilancarkan dalam masa terdekat dengan ia diacah menerusi laman Samsung sendiri. Seperti biasa, apabila pelancaran semakin hampir maklumat mengenai peranti mula tertiris ke arena web. Malam ini akhirnya spesifikasi lengkap A54 5G dan A34 5G telah tertiris menerusi sebuah laman edagang di Eropah.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.4″ SAMOLED 120Hz FHD+, dijana cip Exynos 1380. memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Kamera utama menggabungkan sensor 50 sudut lebar dengan OIS, ultra sudut lebar 12MP dan makro 5MP. Ia kemudiannya dipadankan dengan kamera hadapan 32MP yang agak besar. Ciri menarik lain yang disertakan ialah kemampuan kalis air serta debu IP67 dan pengimbas cap jari bawah skrin. Peranti turut mempunyai sokongan kad mikro SD sehingga 1TB. Yang tiada hanyalah bicu audio kerana ia dihentikan sejak model tahun lau.

Dari segi rekaan pula ia amat mirip dengan Galaxy S23 dan Galaxy S23+. Di Eropah harga jualan peranti bermula daripada 499 Euro (~RM2421) sebuah.

Samsung Galayx A34 5G pula dilengkapi 6.6″ SAMOLED 120Hz FHD+, dijana cip Dimensity 1080, memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W. Perbezaan yang wujud antara dua peranti ini ialah pada A34 5G kamera swafoto diletakkan dalam takuk Infinity-V.

Kamera utama menggabungkan sensor 50 sudut lebar dengan OIS, ultra sudut lebar 12MP dan makro 5MP. Ia kemudiannya dipadankan dengan kamera hadapan 32MP yang agak besar. Ciri menarik lain yang disertakan ialah kemampuan kalis air serta debu IP67 dan pengimbas cap jari bawah skrin. Peranti turut mempunyai sokongan kad mikro SD sehingga 1TB. Yang tiada hanyalah bicu audio kerana ia dihentikan sejak model tahun lau.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd