Carian
Sony Melancarkan Kamera Khusus Untuk Golongan OKU Penglihatan
March 14, 2023 Effi Saharudin

Untuk menggunakan kamera penglihatan yang baik untuk menggunakannya. Oleh sebab itu sejak teknologi kamera dibangunkan hampir 200 tahun yang lalu, golongan OKU penglihatan tidak boleh menggunakannya. Tetapi kamera Sony DSC-HX99RNV telah dilancarkan dengan ia direka khusus untuk golongan ini.

Kamera Sony DSC-HX99RNV ialah sebuah kamera Sony DSC-HX99 yang dipadankan sistem QD Laser Retissa Neoviewer sebagai pengganti viewfinder biasa. Ia memancarkan imej yang ditangkap oleh kamera terus ke retina pengguna yang mempunyai isu melihat. Oleh itu golongan yang mempunyai isu penglihatan seperti hampir buta atau rabun yang ekstrem boleh boleh menggunakan kamera buat pertama kali.

Menurut Sony teknologi pemancar laser QD yang digunakan ini adalah mahal tetapi Sony akan menyerap sebahagian kos bagi membolehkan Sony DSC-HX99RNV dijual pada harga $600 (~RM2700) sebuah bermula pertengahan tahun ini. Sony mempunyai polisi membenarkan kamera diuji terlebih dahulu bagi memastikan kesesuaian ia digunakan dan menghadkan pembelian satu kamera untuk setiap individu.

Komen